Wednesday, July 18, 2007

REASONS FOR FAILURE

Lack or preparation, wrong strategy and over confidence were the underlying reasons why civil servants failed in the PTK test.

In this context, the heads of departments must assist their subordinates by ensuring there is enough preparation apart from identifying suitable evaluation methods.

On the laments that many of those who have served for a long time are not enjoying salary increments and promotions because they failed the PTK, the veterans must think of competing with the others.

"PTK is a must regardless new or old face...Seniority is less important than meritocracy and performance"

The senior civil servants must accept the fact that they have to compete with their younger counterparts.

On Cuepacs' request that the old timers are exempted from PTK, it is inappropriate that officers of the same grade are discriminated due to the age factor what more when they all are given the same opportunity and evaluated on the same basis.

The majority of civil servants favoured PTK and did not reject it outright as alleged by Cuepacs.

Monday, July 16, 2007

TOTAL QUALITY MANAGEMENT

KONSEP PENGURUSAN KUALITI MENYELURUH (TQM)

DEFINISI:

Satu proses pengurusan kualiti yang:-

  • Berorientasikan pelanggan (customer).

  • Berjalan secara berterusan (continuous improvement)

  • Melibatkan semua aspek dalam organisasi (Total Perspective).

TUJUAN TQM:

  • Membawa perubahan yang menyeluruh ke arah melahirkan budaya organisasi yang cemerlang.

  • Merupakan proses transformasi budaya.

KUALITI MENYELURUH

  • TQM akan membawa organisasi mencapai kualiti menyeluruh (Total Quality).

  • Ciri-ciri kualiti bukan sahaja dipamerkan pada Keluaran atau Perkhidmatan, tetapi seluruh operasi dan urusan sesebuah agensi.

CIRI-CIRI BUDAYA YANG DIKEHENDAKI

Ciri-ciri budaya yang sedia ada diubahsuai, ditukar atau diperkukuhkan dengan ciri-ciri baru yang lebih baik. Ciri-ciri itu meliputi:-

  • Sikap dan nilai.

  • Sistem dan prosedur.

  • Amalan-amalan operasi.

  • Struktur organisasi.

  • Lain-lain.

CIRI-CIRI TQM

  1. Matlamat:

  • Kepuasan hati pelanggan.

  • Output tanpa cacat(Zero-Defect)

  • Output yang sentiasa tepat(Right the First Time).

  1. Fokus:

  • Sistem dan proses.

  • Budaya organisasi.

  • Pelanggan.

  • Pembekal.

  1. Strategi:

  • Penambahbaikan yang berterusan (Kaizen).

  • Melibatkan seluruh organisasi (Total Involvement).

  • Tindakan-tindakan yang strategik.

  • Berorientasikan matlamat jangka panjang.

  • Pengawalan kos kualiti.

  • Tindakan pencegahan.

  • Menekan kepastian kualiti.

  • Penyelesaian masalah secara sistematik.

  1. Pelaksana:

  • Pengurusan atasan(Pemimpin).

  • Seluruh kakitangan (Total Involvement).

  • Pasukan-pasukan Kerja

Model Penambahbaikan Kualiti Yang Berterusan

  1. Tentukan Matlamat Penambahbaikan

  2. Tentukan Kaedah

  3. Latih Kakitangan

  4. Laksana Penambahbaikan

  5. Nilai Pencapaian

  6. Seragamkan Proses

  7. Ambil Tindakan Pembetulan

Prinsip-prinsip Yang Menyokong TQM

Kejayaan pelaksanaan TQM amat bergantung kepada keupayaan pengurusan organisasi mewujudkan persekitaran yang baik dan memungkinkan TQM bertapak dan seterusnya berkembang sebagai cara hidup organisasi.

STRATEGI PELAKSANAAN TQM

  1. Sokongan Pengurusan Atasan

  2. Perancangan Strategik Kualiti

  3. Utamakan Pelanggan

  4. Menyediakan Latihan Dan Pengiktirafan

  5. Meninggikan Semangat berpasukan

  6. Pengukuran Prestasi

  7. Kepastian Kualiti

Sokongan pengurusan atasan dibuktikan dengan:-

  • Mewujudkan dasar kualiti.

  • Menubuhkan struktur pengurusan kualiti.

  • Menarik penglibatan kakitangan secara menyeluruh.

  • Menyebarkan maklumat kualiti.

  • Menguruskan proses perubahan.

  • Menganjurkan Hari Kualiti.

DASAR KUALITI AGENSI DASAR AGENSI

  • Satu set prinsip-prinsip panduan tentang standard kualiti keluaran atau perkhidmatan yang dihasilkan sebagaimana yang dinyatakan oleh pengurusan atasan.

  • Ini merupakan komitmen agensi terhadap kualiti output. Dasar ini perlu disebarkandan difahami oleh setiap lapisan pekerja, pembekal, pelanggan dan‘stakeholders

PRODUKTIVITI/MESYUARAT PENGURUSAN PRODUKTIVITI/PENGURUSAN

  • Merancang usaha-usaha peningkatan kualiti.

  • Menentukan dasar-dasar dan strategi-strategi bagi mencapai objektif kualiti.

  • Menyelaras serta mengesan usaha-usaha peningkatan kualiti

PENYELARAS KUALITI

  • Bertanggungjawab untuk mengintegrasikan usaha-usaha peningkatan kualiti diberbagai peringkat.

  • Pengerusi pengganti Jawatankuasa Pemandu Kualiti dan Produktiviti.

  • Pegawai penghubung dengan agensi-agensi pusat tentang hal-hal kualiti.

PASUKAN PETUGAS KUALITI DAN PRODUKTIVITI

  • Mengawas pelaksanaan proses peningkatan kualiti.

  • Membantu dalam penyelesaian masalah-masalah yang timbul.

  • Memberi bimbingan dan latihan tentang kualiti

PASUKAN KERJA PASUKAN KERJA

  • Mengenal pasti masalah kualiti.

  • Mengkaji masalah dan membuat cadangan.

  • Boleh digantikan dengan KMK.

STRATEGI 2 : PERANCANGAN STRATEGIK KUALITI STRATEGIK KUALITI

Tujuan:

  • Mengenal pasti jabatan menjalankan peranan yang tepat, iaitu: “Doing The Right Thing.”

  • Perlu mengenal pasti:

  • Siapa pelanggan utama.

  • Apa kehendak utama.

  • Apa output utama.

  • Ini menjadikan asas penggubalan visi, misi, objektif dan strategi.

Proses perancangan strategik melibatkan 5 langkah:

  • Menganalisis persekitaran luaran.

  • Menganalisis persekitaran dalaman.

  • Menggubal wawasan organisasi.

  • Menggubal misi dan objektif-objektif.

  • Mengenal pasti strategi penambahbaikan.

STRATEGI 3 : MENGUTAMAKAN PELANGGANPELANGGAN

Sama ada sesuatu output berkualiti adalah ditentukan oleh pelanggan.

  • Output yang berkualiti dapat memuaskan kehendak atau ekspektasi pelanggan

  • Tindakan-tindakan mengutamakan pelanggan:

  • Kenalpasti pelanggan.

  • Kenalpasti kehendak pelanggan.

  • Terjemahkan kehendak pelanggan menjadi standard kualiti output

  • Wujudkan proses penghasilan output

  • Laksanakan proses

STRATEGI 4 : LATIHAN DAN PENGIKTIRAFANPENGIKTIRAFAN

  • Latihan adalah keperluan asas bagi kejayaan TQM.

  • Pengetahuan dan kemahiran dapat mempastikan penghasilan output yang berkualiti disamping mengelakkan kesilapan (Human Error).

  • Pengurusan atasan perlu diberikan latihan kualiti.

  • Pengetahuan dan kemahiran kualitidi ”cascade” keseluruh organisasi.

  • Latihan dirancang, dilaksana dan dinilai untuk keberkesanan dan secara berterusan.

STRATEGI 5 : SEMANGAT BERPASUKANBERPASUKAN

Tujuan:

  • Mendapatkan penglibatan menyeluruh

Faedah:

  • Pertukaran maklumat dan idea

  • Kepercayaan

  • Komunikasi terbuka.

STRATEGI 6 : PENGUKURAN PRESTASIPRESTASI

Tujuan:

  • Mengetahui tahap kualiti output.

Memberi maklumat tentang:

  • Prestasi proses kerja.

  • Tahap“conformance.”

  • Proses yang bermasalah.

  • Tindakan penambahbaikan.

STRATEGI 7 : KEPASTIAN KUALITI

Kepastian kualiti (Quality Assurance) menekankan kepada pencegahan daripada timbulnya masalah-masalah kualiti dalam proses penghasilan output.

  • Ini akan menjamin penghasilan output menepati matlamat zero-defect.

  • Ada kaitan dengan piagam pelanggan dan pemulihan perkhidmatan.

DASAR EKONOMI BARU

Pengenalan

Satu rancangan pembangunan ekonomi dan perpaduan negara dalam masyarakat berbilang kaum. Mengandungi dasar-dasar dan strategi-strategi untuk mempercepatkan pembangunan sosio-ekonomi dan, dalam masa yang sama, menentukan perkhidmatan-perkhidmatan dan pengagihan peluang-peluang yang saksama untuk menyertai dan mendapat faedah daripada proses pembangunan.

Wujud masalah kemiskinan yang ketara dan gunatenaga yang rendah terutamanya di kalangan Bumiputera dan ketidakseimbangan dari segi pendapatan dan ekonomi antara pelbagai kaum. Oleh yang demikian DEB telah dilaksanakan oleh Kerajaan untuk menguruskan proses pembangunan negara melalui pewujudan persekitaran sosio-ekonomi yang menyediakan peluang-peluang untuk memajukan semua warganegara Malaysia.

DEB menumpukan kepada pengagihan ekonomi melalui:

  • Pembasmian kemiskinan di kalangan semua rakyat tanpa mengira kaum

  • Penyusunan semula masyarakat supaya mengurang dan akhirnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi dan kawasan

Tujuan Dasar, Program Dan Projek

  • Kedua-dua matlamat tersebut dicapai melalui dasar, program dan projek yang digubal untuk:

  • menambah peluang pekerjaan kepada kadar yang cukup untuk mengurangkan tahap pengangguran semasa dan akhirnya mencapai gunatenga penuh.

  • meningkatkan produktiviti dan pendapatan mereka yang terlibat dalam aktiviti yang memberi pulangan yang rendah di luar bandar dan di bandar dengan meningkatkan peluang menambah kemahiran, tanah, modal dan sumbar-sumber lain yang akhirnya mengurangkan gunatenaga yang rendah.

  • Memperluaskan peluang-peluang bagi mereka yang terlibat dalam aktiviti yang kurang produktif supaya beralih kepada aktiviti-aktiviti yang lebih produktif seperti pertanian, perhutanan, perikanan, perlombongan, pembinaan, pengangkutan, perkilangan, perdagangan dan industri.

  • mengurangkan taburan pendapatan yang tidak seimbang antara kelas pendapatan dan kaum.

  • memodenkan kehidupan luar bandar dan memperbaiki keadaan hidup golongan miskin di kawasan bandar melalui pemberian perkhidmatan sosial yang banyak seperti rumah awam, elektrik, bekalan air paip, pengangkutan, kesihatan dan perubatan, rekreasi dan kemudahan sosial.

  • menggalak pewujudan masyarakat perdagangan dan perindustrian Bumiputera (MPPB) supaya dalam tempoh satu generasi mereka akan memiliki dan menguruskan sekurang-kurangnya 30% aktiviti perdagangan dan perindustrian negara dalam semua kategori dan saiz operasi.

  • menentukan bahawa gunatenaga dalam semua sektor ekonomi dan peringkat pekerjaan mencerminkan komposisi kaum.

  • memperbanyakkan kemudahan- kemudahan pendidikan dan latihan, kemudahan-kemudahan sosial lain dan infrastruktur fizikal negara untuk menyokong pencapaian objektif-objektif yang dinyatakan di atas.

Thursday, July 12, 2007

DASAR SAINS DAN TEKNOLOGI NEGARA (April 1986)

Pengenalan

Aspirasi negara yang diilhamkan dalam Wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia mencapai taraf sebuah negara maju menjelang 2020

Cabaran ke enam daripada sembilan cabaran dalam Wawasan 2020.

“Mewujudkan masyarakat sainstifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke hadapan yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.

Tujuan

Mengalakkan penggunaan S & T sebagai satu alat untuk pembangunan ekonomi, membaiki kedudukan fizikal dan kesejahteraan rakyat dan untuk melindungi kedaulatan negara, yang merupakan sebahagian daripada dasar pembangunan sosioekonomi negara.


Masalah Perindustrian Yang Perlu Dihadapi

  1. Asas sektor pembuatan negara terlalu sempit dan sebahagian besar eksport barangan pengeluaran bergantung kepada barangan elektrik dan elektronik serta tekstil sahaja.

  2. Permintaan terhadap barang perantaraan tempatan amatlah kecil.

    Masih diimport – tidak berupaya mengeluarkan barangan perantara bermutu atau pada kos dan harga berpatutan.

  3. Peningkatan nilai barangan yang kecil dan tumpuan industri yang terlalu menekan kepada kerja pemasangan dan proses pengeluaran yang mudah

  4. Kos pengeluaran yang kian meningkat disebabkan kenaikan kos tenaga kerja, bahan mentah dan kos pengendalian.
    Diseimbangkan dengan peningkatan kecekapan dan produktiviti.

Matlamat

Pembangunan keupayaan sumber-sumber S & T negara seperti tenaga teknik dan saintifik, institusi penyelidikan, institusi pengajian tinggi dan lain-lain ke arah pembentukan keupayaan teknologi tempatan.

Pembangunan keupayaan pengusaha-pengusaha tempatan dalam memilih, merunding, menyerap, menyesuaikan, membaiki dan menginovasikan teknologi asing yang masuk ke negara kita melalui perjanjian kerjasama, pembelian terus, kerjasama teknik, projek usahasama, penggunaan lesen atau franchise dan lain-lain.

Faktor Utama Mempengaruhi Strategi Pembangunan Sains & Teknologi

  • Pembangunan, Keselamatan dan Kesejahteraan Sosial

  • Perkaitan Dasar Sains dan Teknologi Negara dengan Dasar-Dasar Lain.

  • Peningkatan Perkhidmatan Saintifik.

  • Berdikari.

  • Maklumat S & T.

  • Penyelidikan dan Pembangunan (P&P).

  • Tenaga Manusia.

  • Peranan Sektor Swasta.

  • Pemindahan Teknologi.

  • Komputerisasi.

  • Pusat-Pusat Kecemerlangan Sains.

  • Pelan Tindakan.

Pelaksanaan

  1. RM5 memperuntukkan sebanyak RM414 juta di bawah Majlis penyelarasan dan Kemajuan Sains Negara (MPKSN).

  2. RM6 memperuntukkan RM600 juta.

  • Rancangan memaju dan menyelaraskan projek P&P untuk meningkatkan keupayaan teknologi tempatan.

  1. MPKSN memperkenalkan skim khas:

  2. Program Penekanan Penyelidikan Di Bidang Keutamaan

    (IRPA: Intensification of Research in Priority Areas)

  • Peruntukan RM5.

  • Pertanian – 50%

  • Perindustrian – 34%

  • Sektor Lain – 17%

  1. MPKSN disusun semula dan satu Jawatankuasa Kabinet mengenai S & T dibentuk.

  2. Majlis Penyelarasan dan Pemindahan Teknologi Perindustrian (Pengerusi: Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar) Dianggotai oleh pengusaha-pengusaha tempatan terkenal, pegawai-pegawai agensi pusat, pakar-pakar teknik dan saintifik daripada institusi-institusi penyelidikan telah menubuhkan satu jawatankuasa pada tahun 1987 untuk mengubal Pelan Tindakan Pembangunan Perindustrian (PTPP)

  3. PTPP:

  • Bertujuan untuk menyokong pelaksanaan PIP.

  • Digubal untuk menentukan strategi dan rancangan teknologi yang perlu dilaksanakan bersama-sama dengan pelaksanaan PIP.

  1. 29 kajian melibatkan setiap sektor perindustrian telah dijalankan oleh pakar-pakar tempatan diikuti dengan perbincangan dengan ahli-ahli Konsortium Penyelidikan kebangsaan.

  2. Kerajaan menerima 42 syor yang terkandung dalam PTPP dan dirumuskan menjadi 5 penekanan strategik

  3. Peruntukan sebanyak RM166 juta untuk melaksanakan syor-syor berkenaan.


Penutup

Pembangunan sektor perindustrian merupakan unsur penting dalam hasrat negara untuk mencapai taraf negara maju.

Perindustrian membawa pertambahan nilai yang tinggi, pendapatan dan pekerjaan kepada tenaga manusia negara ini lebih daripada aktiviti-aktiviti pertanian, harga pasaran pengeluarannya juga adalah lebih stabil dan faktor produktiviti yang lebih tinggi

Keupayaan untuk membangunkan satu sektor perindustrian yang dinamik yang berupaya bersaing dalam pasaran dunia, yang mengeluarkan barangan yang setanding dari segi kos dan mutu dan barangan negara-negara maju, bergantung kepada pengetahuan, kemahiran dan keupayaan menggunakan teknologi-teknologi pengeluaran.


Wednesday, July 11, 2007

Pelan Integriti Nasional

Pelan Integriti Nasional

  • Merangkumi semangat dan prinsip Perlembagaan Persekutuan

  • Menyerap falsafah dan prinsip Rukun Negara


Objektif Umum PIN

  • Merealisasikan hasrat Wawasan 2020

  • “ membentuk sesebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur.” (Cabaran ke-4 Wawasan 2020)

  • Lahir selaras dengan aspirasi rakyat dan dilaksanakan untuk kesejahteraan mereka

  • Mencerminkan ciri-ciri khusus masyarakat dan negara

  • Mengambil kira perkembangan dan pengalaman antarabangsa serta impak arus globalisasi

Konsep PIN

  • Pelan untuk hala tuju dan bimbingan kepada semua sektor untuk bekerjasama membina masyarakat bermoral, beretika dan berintegriti tinggi

  • Digerakkan oleh pucuk pimpinan dengan sokongan padu rakyat

  • Kerjasama dan sinergi semua sektor menjadi kekuatan dan amalan masyarakat

Objektif Khusus PIN

  • Meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama pelbagai sektor negara dan masyarakat terhadap integriti

  • Menjadikan integriti budaya masyarakat

  • Memperkukuhkan asas moral masyarakat dan negara

Objektif Umum PIN

  • Meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat

  • Meningkatkan daya saing dan daya tahan negara dalam usaha menangani cabaran globalisasi

Lima Sasaran PIN

Sasaran 1: Mengurangkan gejala rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan secara berkesan

Tanda aras antarabangsa yang digunakan ialah skor dalam Indeks Persepsi Rasuah yang digubal oleh Transparency International. Menaikkan skor 5.2 mata yang dicatat oleh Malaysia pada tahun 2003 menjadi sekurang-kurangnya 6.5 mata (10 ialah skor terbaik manakala 1.0 skor terburuk) menjelang tahun 2008.

Mengubah kedudukan ke 37 daripada 133 negara menjadi sekurang-kurangnya kedudukan ke 30;

Dari segi ukuran dalam negeri, kejayaan langkah-langkah oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) dalam menyiasat dan menyelesaikan kes rasuah akan digunakan

Sasaran 2: Meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam dan mengatasi karenah birokrasi

Indeks persepsi awam bagi agensi perkhidmatan dalam sektor Kerajaan, dengan menurunkan skornya supaya berada di bawah paras 2.5 mata (1.0 ialah skor terbaik manakala 5.0 skor terburuk)

Bilangan aduan kepada BPR, Biro Pengaduan Awam (BPA), Laporan Audit Negara dan lain-lain maklumbalas pelanggan kepada jabatan atau agensi Kerajaan serta saluran aduan yang lain


Sasaran 3: Meningkatkan tadbir urus korporat dan etika perniagaan

Peningkatan bilangan syarikat yang mematuhi syarat-syarat penyenaraian Malaysian Securities Exchange Berhad (MSEB);

  • Pengurangan kes penipuan korporat;

  • Peningkatan tender yang dilakukan secara telus dan pengurangan tender secara langsung;

  • Penerimaan Rukun Negara Malaysia oleh syarikat-syarikat perniagaan;

  • Pengurangan kes pelanggaran terhadap Akta Perlindungan Penggunaan 1999


Sasaran 4: Memantapkan institusi keluarga
  • Pengurangan kadar perceraian;

  • Pengurangan konflik keluarga seperti isu perebutan harta dan hak penjagaan anak;

  • Pengurangan kadar keganasan rumahtangga;

  • Pengurangan kadar penderaan dan pengabaian kanak-kanak;

  • Peningkatan bantuan kepada keluarga beribu atau berbapa tunggal; dan

  • Pengurangan kes pengabaian warga tua


Sasaran 5: Memantapkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat

Kadar jenayah dalam masyarakat, khususnya jenayah berat, jenayah harta benda, dan jenayah seks. Pengurangan kadar jenayah petunjuk kepada kehidupan masyarakat yang lebih selamat.

Kadar gejala sosial seperti penagihan dadah, perlakuan seks rambang dan bebas serta pasangan bersekedudukan – Pengurangan kadar ini petunjuk kepada kehidupan masyarakat yang lebih sihat dan bermoral

Kadar kemalangan jalan raya. Pengurangan dalam petunjuk ini mencerminkan pembaikan etika pemanduan di kalangan para pemandu dan kemajuan dalam penguatkuasaan undang-undang lalu lintas

Kadar perbuatan salah laku di kalangan sekolah. Pengurangan kadar ini petunjuk keberkesanan pendidikan “sivik dan Kenegaraan” serta penguatkuasaan disiplin di kalangan pelajar

Kadar kerosakan dan pencemaran alam sekitar. Pengurangan kadar ini mencerminkan peningkatan kesedaran manusia terhadap pentingnya pembangunan yang lestari


PELAN TINDAKAN

  • Strategi 1 : Pelaksanaan agenda Integriti untuk Institut Keluarga

  • Strategi 2 : Pelaksanaan Agenda Integriti untuk Komuniti

  • Strategi 3 : Pelaksanaan Agenda Integriti untuk Masyarakat Sivil

  • Strategi 4 : Pelaksanaan Agenda Integriti untuk Institusi Sosiobudaya

  • Strategi 5 : Pelaksanaan Agenda Integriti untuk Institusi Agama

  • Strategi 6 : Pelaksanaan Agenda Integriti untuk Institusi Ekonomi

  • Strategi 7 : Pelaksanaan Agenda Integriti untuk Institusi Politik


Faktor Penentu Kejayaan

  • Kepimpinan berteladan

  • Pendidikan berterusan dan berulang

  • Komiunikasi berkesan

  • Persekitaran BudayaYang kondusif

  • Kerjasama jentera politik dan jentera pentadbiran

  • Kerangka perundangan berkesan dan kehakiman bebas

  • Kecukupan dan kecekapan Sumber Kesediaan individu untuk berubah


INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA (IIM)


Objektif IIM

Menjadikan jentera pelaksana Pelan Integriti Nasional (PIN) ke arah membangunkan sebuah bangsa Malaysia yang berintegriti, berbudaya tahan dan menghayati nilai-nilai murni sejagat

Fungsi IIM

  • Mengendalikan penyelidikan

  • Menganjurkan persidangan, seminar dan forum

  • Menghimpun pendapat pelbagai sektor

  • Menggubal dan melaksanakan program latihan dan pendididkan

  • Mengemukakan perakuan-perakuan dasar

  • Membangunkan pangkalan data

  • Memberi khidmat nasihat program integriti

  • Mewujudkan jaringan dengan organisasi antarabangsa