Pelan Integriti Nasional
Objektif Umum PIN
Merealisasikan hasrat Wawasan 2020
“ membentuk sesebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur.” (Cabaran ke-4 Wawasan 2020)
Lahir selaras dengan aspirasi rakyat dan dilaksanakan untuk kesejahteraan mereka
Mencerminkan ciri-ciri khusus masyarakat dan negara
Mengambil kira perkembangan dan pengalaman antarabangsa serta impak arus globalisasi
Konsep PIN
Pelan untuk hala tuju dan bimbingan kepada semua sektor untuk bekerjasama membina masyarakat bermoral, beretika dan berintegriti tinggi
Digerakkan oleh pucuk pimpinan dengan sokongan padu rakyat
Kerjasama dan sinergi semua sektor menjadi kekuatan dan amalan masyarakat
Objektif Khusus PIN
Meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama pelbagai sektor negara dan masyarakat terhadap integriti
Menjadikan integriti budaya masyarakat
Memperkukuhkan asas moral masyarakat dan negara
Objektif Umum PIN
Lima Sasaran PIN
Sasaran 1: Mengurangkan gejala rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan secara berkesan Tanda aras antarabangsa yang digunakan ialah skor dalam Indeks Persepsi Rasuah yang digubal oleh Transparency International. Menaikkan skor 5.2 mata yang dicatat oleh Malaysia pada tahun 2003 menjadi sekurang-kurangnya 6.5 mata (10 ialah skor terbaik manakala 1.0 skor terburuk) menjelang tahun 2008.
Mengubah kedudukan ke 37 daripada 133 negara menjadi sekurang-kurangnya kedudukan ke 30;
Dari segi ukuran dalam negeri, kejayaan langkah-langkah oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) dalam menyiasat dan menyelesaikan kes rasuah akan digunakan
Sasaran 2: Meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam dan mengatasi karenah birokrasi
Indeks persepsi awam bagi agensi perkhidmatan dalam sektor Kerajaan, dengan menurunkan skornya supaya berada di bawah paras 2.5 mata (1.0 ialah skor terbaik manakala 5.0 skor terburuk)
Bilangan aduan kepada BPR, Biro Pengaduan Awam (BPA), Laporan Audit Negara dan lain-lain maklumbalas pelanggan kepada jabatan atau agensi Kerajaan serta saluran aduan yang lain
Sasaran 3: Meningkatkan tadbir urus korporat dan etika perniagaan
Peningkatan bilangan syarikat yang mematuhi syarat-syarat penyenaraian Malaysian Securities Exchange Berhad (MSEB);
Pengurangan kes penipuan korporat;
Peningkatan tender yang dilakukan secara telus dan pengurangan tender secara langsung;
Penerimaan Rukun Negara Malaysia oleh syarikat-syarikat perniagaan;
Pengurangan kes pelanggaran terhadap Akta Perlindungan Penggunaan 1999
Sasaran 4: Memantapkan institusi keluarga Pengurangan kadar perceraian;
Pengurangan konflik keluarga seperti isu perebutan harta dan hak penjagaan anak;
Pengurangan kadar keganasan rumahtangga;
Pengurangan kadar penderaan dan pengabaian kanak-kanak;
Peningkatan bantuan kepada keluarga beribu atau berbapa tunggal; dan
Pengurangan kes pengabaian warga tua
Sasaran 5: Memantapkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat Kadar jenayah dalam masyarakat, khususnya jenayah berat, jenayah harta benda, dan jenayah seks. Pengurangan kadar jenayah petunjuk kepada kehidupan masyarakat yang lebih selamat.
Kadar gejala sosial seperti penagihan dadah, perlakuan seks rambang dan bebas serta pasangan bersekedudukan – Pengurangan kadar ini petunjuk kepada kehidupan masyarakat yang lebih sihat dan bermoral
Kadar kemalangan jalan raya. Pengurangan dalam petunjuk ini mencerminkan pembaikan etika pemanduan di kalangan para pemandu dan kemajuan dalam penguatkuasaan undang-undang lalu lintas
Kadar perbuatan salah laku di kalangan sekolah. Pengurangan kadar ini petunjuk keberkesanan pendidikan “sivik dan Kenegaraan” serta penguatkuasaan disiplin di kalangan pelajar
Kadar kerosakan dan pencemaran alam sekitar. Pengurangan kadar ini mencerminkan peningkatan kesedaran manusia terhadap pentingnya pembangunan yang lestari
PELAN TINDAKAN
Strategi 1 : Pelaksanaan agenda Integriti untuk Institut Keluarga
Strategi 2 : Pelaksanaan Agenda Integriti untuk Komuniti
Strategi 3 : Pelaksanaan Agenda Integriti untuk Masyarakat Sivil
Strategi 4 : Pelaksanaan Agenda Integriti untuk Institusi Sosiobudaya
Strategi 5 : Pelaksanaan Agenda Integriti untuk Institusi Agama
Strategi 6 : Pelaksanaan Agenda Integriti untuk Institusi Ekonomi
Strategi 7 : Pelaksanaan Agenda Integriti untuk Institusi Politik
Faktor Penentu Kejayaan
Kepimpinan berteladan
Pendidikan berterusan dan berulang
Komiunikasi berkesan
Persekitaran BudayaYang kondusif
Kerjasama jentera politik dan jentera pentadbiran
Kerangka perundangan berkesan dan kehakiman bebas
Kecukupan dan kecekapan Sumber Kesediaan individu untuk berubah
INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA (IIM)
Objektif IIM
Menjadikan jentera pelaksana Pelan Integriti Nasional (PIN) ke arah membangunkan sebuah bangsa Malaysia yang berintegriti, berbudaya tahan dan menghayati nilai-nilai murni sejagat
Fungsi IIM
Mengendalikan penyelidikan
Menganjurkan persidangan, seminar dan forum
Menghimpun pendapat pelbagai sektor
Menggubal dan melaksanakan program latihan dan pendididkan
Mengemukakan perakuan-perakuan dasar
Membangunkan pangkalan data
Memberi khidmat nasihat program integriti
Mewujudkan jaringan dengan organisasi antarabangsa