Monday, July 16, 2007

DASAR EKONOMI BARU

Pengenalan

Satu rancangan pembangunan ekonomi dan perpaduan negara dalam masyarakat berbilang kaum. Mengandungi dasar-dasar dan strategi-strategi untuk mempercepatkan pembangunan sosio-ekonomi dan, dalam masa yang sama, menentukan perkhidmatan-perkhidmatan dan pengagihan peluang-peluang yang saksama untuk menyertai dan mendapat faedah daripada proses pembangunan.

Wujud masalah kemiskinan yang ketara dan gunatenaga yang rendah terutamanya di kalangan Bumiputera dan ketidakseimbangan dari segi pendapatan dan ekonomi antara pelbagai kaum. Oleh yang demikian DEB telah dilaksanakan oleh Kerajaan untuk menguruskan proses pembangunan negara melalui pewujudan persekitaran sosio-ekonomi yang menyediakan peluang-peluang untuk memajukan semua warganegara Malaysia.

DEB menumpukan kepada pengagihan ekonomi melalui:

  • Pembasmian kemiskinan di kalangan semua rakyat tanpa mengira kaum

  • Penyusunan semula masyarakat supaya mengurang dan akhirnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi dan kawasan

Tujuan Dasar, Program Dan Projek

  • Kedua-dua matlamat tersebut dicapai melalui dasar, program dan projek yang digubal untuk:

  • menambah peluang pekerjaan kepada kadar yang cukup untuk mengurangkan tahap pengangguran semasa dan akhirnya mencapai gunatenga penuh.

  • meningkatkan produktiviti dan pendapatan mereka yang terlibat dalam aktiviti yang memberi pulangan yang rendah di luar bandar dan di bandar dengan meningkatkan peluang menambah kemahiran, tanah, modal dan sumbar-sumber lain yang akhirnya mengurangkan gunatenaga yang rendah.

  • Memperluaskan peluang-peluang bagi mereka yang terlibat dalam aktiviti yang kurang produktif supaya beralih kepada aktiviti-aktiviti yang lebih produktif seperti pertanian, perhutanan, perikanan, perlombongan, pembinaan, pengangkutan, perkilangan, perdagangan dan industri.

  • mengurangkan taburan pendapatan yang tidak seimbang antara kelas pendapatan dan kaum.

  • memodenkan kehidupan luar bandar dan memperbaiki keadaan hidup golongan miskin di kawasan bandar melalui pemberian perkhidmatan sosial yang banyak seperti rumah awam, elektrik, bekalan air paip, pengangkutan, kesihatan dan perubatan, rekreasi dan kemudahan sosial.

  • menggalak pewujudan masyarakat perdagangan dan perindustrian Bumiputera (MPPB) supaya dalam tempoh satu generasi mereka akan memiliki dan menguruskan sekurang-kurangnya 30% aktiviti perdagangan dan perindustrian negara dalam semua kategori dan saiz operasi.

  • menentukan bahawa gunatenaga dalam semua sektor ekonomi dan peringkat pekerjaan mencerminkan komposisi kaum.

  • memperbanyakkan kemudahan- kemudahan pendidikan dan latihan, kemudahan-kemudahan sosial lain dan infrastruktur fizikal negara untuk menyokong pencapaian objektif-objektif yang dinyatakan di atas.

No comments: