Tuesday, July 10, 2007

DASAR PERSYARIKATAN MALAYSIA(1984)

Latar Belakang

  • Telah diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri pada tahun 1983 sebagai satu pendekatan asas bagi pembangunan negara

  • Pada tahun 1984, Surat Pekeliling Am Bil 2 Tahun 1984 dikeluarkan oleh KSN mengarahkan semua Kementerian, Jabatan dan Pejabat Kerajaan menubuhkan Panel Perunding bagi tujuan memperbaiki perkhidmatan yang diberi kepada sektor swasta.

  • Pada Julai 1991, Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 9 Tahun 1991 telah dikeluarkan bagi memberi Panduan Mengenai Pelaksanaan Dasar Persyarikatan Malaysia. Kaedah selain dari penubuhan Panel Perunding telah dihuraikan.

Rasional Falsafah

YAB Perdana Menteri telah mendefinisikan secara am konsep Persyarikatan Malaysia sebagai satu sistem kerjasama antara kerajaan dan sektor swasta ke arah mewujudkan satu syarikat Malaysia bagi mencapai kemajuan di mana keuntungan yang didapati akan dikongsi bersama di mana:

  • Kerajaan adalah pemegang saham.

  • Jika syarikat berjaya dan membuat keuntungan, kerajaan dan rakyat juga akan mendapat manafaat.

  • Sektor awam dikehendaki beroperasi secara cekap bagi membantu usaha-usaha sektor swasta sebagai enjin pertumbuhan utama dalam ekonomi negara.


Objektif

Dasar Persyarikatan mempunyai objektif seperti berikut:

  1. Mewujudkan kerjasama erat, bermakna dan berkesan antara sektor awam dan swasta demi pembangunan negara bagi mencapai faedah bersama.

  2. Menghapuskan sifat ‘permusuhan’ antara kedua-dua sektor dengan menggalakkan perkongsian maklumat, dan saling faham-memahami akan prosedur dan matlamat kedua belah pihak.

  1. Meningkatkan hasil negara.


Mekanisma

Peranan sektor awam dan swasta secara sendirian dan bersama-sama menuju ke arah matlamat negara.

Usaha memudahkan kerjasama sektor awam-swasta.

1. Panel Perunding

2. Peloggaran peraturan (Deregulation)

3. Pembaikan Pentadbiran

4. Arahan Terbaru (PKPA Bil. 9 Tahun 1991).


Tanggungjawab Sektor Awam

Sektor awam haruslah memainkan peranannya sebagai perancang, fasilitator dan pelaksana program-program kerajaan:

Sebagai fasilitator, sektor awam menyediakan suasana yang ‘condusive’ bagi merangsang pertumbuhan ekonomi yang pesat; sebagaimana dan sejauh yang dibenarkan oleh peraturan dan undang-undang.

Sebagai perancang, sektor awam mestilah peka dan responsif kepada perubahan-perubahan dalam persekitaran dunia semasa merancang arah tujuan dan strategi pertumbuhan; proaktif; menyediakan maklumat yang betul; aktiviti galakan pasaran yang lebih baik melalui perwakilan sebaerang laut.

Sebagai pelaksana, sektor awam perlu terus menyediakan kemudahan dan perkhidmatan sosial yang penting kepada semua rakyat; bukan sahaja kemudahan dan perkhidmatan itu meluas tetapi standardnya harus lebih baik.


Tanggungjawab Sektor Swasta

Sebagai penggerak pertumbuhan ekonomi memerlukannya lebih kuat, dinamik, berdayasaing, cekap dan tangkas dalam menghadapi cabaran-cabaran saingan di pasaran luar negeri. Barangan mereka haruslah mampu mengekalkan persaingan, dan berbagai barnagan untuk pasaran yang berbagai. Mereka juga perlu bersatu tenaga bagi menembusi pasaran baru di negara-negara membangun di Asia, Afrika dan Amerika Latin.


Pencapaian Setakat Ini

Pencapaian:

  • Penubuhan Panel

  • Penubuhan Panel Persyarikatan Malaysia

  • Usaha-usaha Memperbaiki Perkhidmatan Awam

  • Panduan (Baru) Pelaksanaan Dasar Persyarikatan Malaysia (PKPA Bil. 9 Tahun 1991).

Kelemahan:

  • Pemahaman dan Penerimaan Konsep

  • Kekesanan Panel Perunding terhad

  • Persepsi Yang Salah

  • Masalah Sektor Swasta Yang Terdiri Dari Banyak Kumpulan Dan Berbagai Kepentingan

  • Kelemahan Komunikasi

  • Perkongsian Maklumat dan Aliran Maklumat Yang Tidak Mencukupi

  • Krisis Kepimpinan

  • Penyelaras Dan Muafakat Yang Tidak Efektif




2 comments:

Twila said...

Well said.

Anonymous said...

...than done...