Thursday, July 12, 2007

DASAR SAINS DAN TEKNOLOGI NEGARA (April 1986)

Pengenalan

Aspirasi negara yang diilhamkan dalam Wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia mencapai taraf sebuah negara maju menjelang 2020

Cabaran ke enam daripada sembilan cabaran dalam Wawasan 2020.

“Mewujudkan masyarakat sainstifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke hadapan yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.

Tujuan

Mengalakkan penggunaan S & T sebagai satu alat untuk pembangunan ekonomi, membaiki kedudukan fizikal dan kesejahteraan rakyat dan untuk melindungi kedaulatan negara, yang merupakan sebahagian daripada dasar pembangunan sosioekonomi negara.


Masalah Perindustrian Yang Perlu Dihadapi

  1. Asas sektor pembuatan negara terlalu sempit dan sebahagian besar eksport barangan pengeluaran bergantung kepada barangan elektrik dan elektronik serta tekstil sahaja.

  2. Permintaan terhadap barang perantaraan tempatan amatlah kecil.

    Masih diimport – tidak berupaya mengeluarkan barangan perantara bermutu atau pada kos dan harga berpatutan.

  3. Peningkatan nilai barangan yang kecil dan tumpuan industri yang terlalu menekan kepada kerja pemasangan dan proses pengeluaran yang mudah

  4. Kos pengeluaran yang kian meningkat disebabkan kenaikan kos tenaga kerja, bahan mentah dan kos pengendalian.
    Diseimbangkan dengan peningkatan kecekapan dan produktiviti.

Matlamat

Pembangunan keupayaan sumber-sumber S & T negara seperti tenaga teknik dan saintifik, institusi penyelidikan, institusi pengajian tinggi dan lain-lain ke arah pembentukan keupayaan teknologi tempatan.

Pembangunan keupayaan pengusaha-pengusaha tempatan dalam memilih, merunding, menyerap, menyesuaikan, membaiki dan menginovasikan teknologi asing yang masuk ke negara kita melalui perjanjian kerjasama, pembelian terus, kerjasama teknik, projek usahasama, penggunaan lesen atau franchise dan lain-lain.

Faktor Utama Mempengaruhi Strategi Pembangunan Sains & Teknologi

  • Pembangunan, Keselamatan dan Kesejahteraan Sosial

  • Perkaitan Dasar Sains dan Teknologi Negara dengan Dasar-Dasar Lain.

  • Peningkatan Perkhidmatan Saintifik.

  • Berdikari.

  • Maklumat S & T.

  • Penyelidikan dan Pembangunan (P&P).

  • Tenaga Manusia.

  • Peranan Sektor Swasta.

  • Pemindahan Teknologi.

  • Komputerisasi.

  • Pusat-Pusat Kecemerlangan Sains.

  • Pelan Tindakan.

Pelaksanaan

  1. RM5 memperuntukkan sebanyak RM414 juta di bawah Majlis penyelarasan dan Kemajuan Sains Negara (MPKSN).

  2. RM6 memperuntukkan RM600 juta.

  • Rancangan memaju dan menyelaraskan projek P&P untuk meningkatkan keupayaan teknologi tempatan.

  1. MPKSN memperkenalkan skim khas:

  2. Program Penekanan Penyelidikan Di Bidang Keutamaan

    (IRPA: Intensification of Research in Priority Areas)

  • Peruntukan RM5.

  • Pertanian – 50%

  • Perindustrian – 34%

  • Sektor Lain – 17%

  1. MPKSN disusun semula dan satu Jawatankuasa Kabinet mengenai S & T dibentuk.

  2. Majlis Penyelarasan dan Pemindahan Teknologi Perindustrian (Pengerusi: Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar) Dianggotai oleh pengusaha-pengusaha tempatan terkenal, pegawai-pegawai agensi pusat, pakar-pakar teknik dan saintifik daripada institusi-institusi penyelidikan telah menubuhkan satu jawatankuasa pada tahun 1987 untuk mengubal Pelan Tindakan Pembangunan Perindustrian (PTPP)

  3. PTPP:

  • Bertujuan untuk menyokong pelaksanaan PIP.

  • Digubal untuk menentukan strategi dan rancangan teknologi yang perlu dilaksanakan bersama-sama dengan pelaksanaan PIP.

  1. 29 kajian melibatkan setiap sektor perindustrian telah dijalankan oleh pakar-pakar tempatan diikuti dengan perbincangan dengan ahli-ahli Konsortium Penyelidikan kebangsaan.

  2. Kerajaan menerima 42 syor yang terkandung dalam PTPP dan dirumuskan menjadi 5 penekanan strategik

  3. Peruntukan sebanyak RM166 juta untuk melaksanakan syor-syor berkenaan.


Penutup

Pembangunan sektor perindustrian merupakan unsur penting dalam hasrat negara untuk mencapai taraf negara maju.

Perindustrian membawa pertambahan nilai yang tinggi, pendapatan dan pekerjaan kepada tenaga manusia negara ini lebih daripada aktiviti-aktiviti pertanian, harga pasaran pengeluarannya juga adalah lebih stabil dan faktor produktiviti yang lebih tinggi

Keupayaan untuk membangunkan satu sektor perindustrian yang dinamik yang berupaya bersaing dalam pasaran dunia, yang mengeluarkan barangan yang setanding dari segi kos dan mutu dan barangan negara-negara maju, bergantung kepada pengetahuan, kemahiran dan keupayaan menggunakan teknologi-teknologi pengeluaran.


No comments: