Wednesday, July 11, 2007

Pelan Integriti Nasional

Pelan Integriti Nasional

  • Merangkumi semangat dan prinsip Perlembagaan Persekutuan

  • Menyerap falsafah dan prinsip Rukun Negara


Objektif Umum PIN

  • Merealisasikan hasrat Wawasan 2020

  • “ membentuk sesebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur.” (Cabaran ke-4 Wawasan 2020)

  • Lahir selaras dengan aspirasi rakyat dan dilaksanakan untuk kesejahteraan mereka

  • Mencerminkan ciri-ciri khusus masyarakat dan negara

  • Mengambil kira perkembangan dan pengalaman antarabangsa serta impak arus globalisasi

Konsep PIN

  • Pelan untuk hala tuju dan bimbingan kepada semua sektor untuk bekerjasama membina masyarakat bermoral, beretika dan berintegriti tinggi

  • Digerakkan oleh pucuk pimpinan dengan sokongan padu rakyat

  • Kerjasama dan sinergi semua sektor menjadi kekuatan dan amalan masyarakat

Objektif Khusus PIN

  • Meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama pelbagai sektor negara dan masyarakat terhadap integriti

  • Menjadikan integriti budaya masyarakat

  • Memperkukuhkan asas moral masyarakat dan negara

Objektif Umum PIN

  • Meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat

  • Meningkatkan daya saing dan daya tahan negara dalam usaha menangani cabaran globalisasi

Lima Sasaran PIN

Sasaran 1: Mengurangkan gejala rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan secara berkesan

Tanda aras antarabangsa yang digunakan ialah skor dalam Indeks Persepsi Rasuah yang digubal oleh Transparency International. Menaikkan skor 5.2 mata yang dicatat oleh Malaysia pada tahun 2003 menjadi sekurang-kurangnya 6.5 mata (10 ialah skor terbaik manakala 1.0 skor terburuk) menjelang tahun 2008.

Mengubah kedudukan ke 37 daripada 133 negara menjadi sekurang-kurangnya kedudukan ke 30;

Dari segi ukuran dalam negeri, kejayaan langkah-langkah oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) dalam menyiasat dan menyelesaikan kes rasuah akan digunakan

Sasaran 2: Meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam dan mengatasi karenah birokrasi

Indeks persepsi awam bagi agensi perkhidmatan dalam sektor Kerajaan, dengan menurunkan skornya supaya berada di bawah paras 2.5 mata (1.0 ialah skor terbaik manakala 5.0 skor terburuk)

Bilangan aduan kepada BPR, Biro Pengaduan Awam (BPA), Laporan Audit Negara dan lain-lain maklumbalas pelanggan kepada jabatan atau agensi Kerajaan serta saluran aduan yang lain


Sasaran 3: Meningkatkan tadbir urus korporat dan etika perniagaan

Peningkatan bilangan syarikat yang mematuhi syarat-syarat penyenaraian Malaysian Securities Exchange Berhad (MSEB);

  • Pengurangan kes penipuan korporat;

  • Peningkatan tender yang dilakukan secara telus dan pengurangan tender secara langsung;

  • Penerimaan Rukun Negara Malaysia oleh syarikat-syarikat perniagaan;

  • Pengurangan kes pelanggaran terhadap Akta Perlindungan Penggunaan 1999


Sasaran 4: Memantapkan institusi keluarga
  • Pengurangan kadar perceraian;

  • Pengurangan konflik keluarga seperti isu perebutan harta dan hak penjagaan anak;

  • Pengurangan kadar keganasan rumahtangga;

  • Pengurangan kadar penderaan dan pengabaian kanak-kanak;

  • Peningkatan bantuan kepada keluarga beribu atau berbapa tunggal; dan

  • Pengurangan kes pengabaian warga tua


Sasaran 5: Memantapkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat

Kadar jenayah dalam masyarakat, khususnya jenayah berat, jenayah harta benda, dan jenayah seks. Pengurangan kadar jenayah petunjuk kepada kehidupan masyarakat yang lebih selamat.

Kadar gejala sosial seperti penagihan dadah, perlakuan seks rambang dan bebas serta pasangan bersekedudukan – Pengurangan kadar ini petunjuk kepada kehidupan masyarakat yang lebih sihat dan bermoral

Kadar kemalangan jalan raya. Pengurangan dalam petunjuk ini mencerminkan pembaikan etika pemanduan di kalangan para pemandu dan kemajuan dalam penguatkuasaan undang-undang lalu lintas

Kadar perbuatan salah laku di kalangan sekolah. Pengurangan kadar ini petunjuk keberkesanan pendidikan “sivik dan Kenegaraan” serta penguatkuasaan disiplin di kalangan pelajar

Kadar kerosakan dan pencemaran alam sekitar. Pengurangan kadar ini mencerminkan peningkatan kesedaran manusia terhadap pentingnya pembangunan yang lestari


PELAN TINDAKAN

  • Strategi 1 : Pelaksanaan agenda Integriti untuk Institut Keluarga

  • Strategi 2 : Pelaksanaan Agenda Integriti untuk Komuniti

  • Strategi 3 : Pelaksanaan Agenda Integriti untuk Masyarakat Sivil

  • Strategi 4 : Pelaksanaan Agenda Integriti untuk Institusi Sosiobudaya

  • Strategi 5 : Pelaksanaan Agenda Integriti untuk Institusi Agama

  • Strategi 6 : Pelaksanaan Agenda Integriti untuk Institusi Ekonomi

  • Strategi 7 : Pelaksanaan Agenda Integriti untuk Institusi Politik


Faktor Penentu Kejayaan

  • Kepimpinan berteladan

  • Pendidikan berterusan dan berulang

  • Komiunikasi berkesan

  • Persekitaran BudayaYang kondusif

  • Kerjasama jentera politik dan jentera pentadbiran

  • Kerangka perundangan berkesan dan kehakiman bebas

  • Kecukupan dan kecekapan Sumber Kesediaan individu untuk berubah


INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA (IIM)


Objektif IIM

Menjadikan jentera pelaksana Pelan Integriti Nasional (PIN) ke arah membangunkan sebuah bangsa Malaysia yang berintegriti, berbudaya tahan dan menghayati nilai-nilai murni sejagat

Fungsi IIM

  • Mengendalikan penyelidikan

  • Menganjurkan persidangan, seminar dan forum

  • Menghimpun pendapat pelbagai sektor

  • Menggubal dan melaksanakan program latihan dan pendididkan

  • Mengemukakan perakuan-perakuan dasar

  • Membangunkan pangkalan data

  • Memberi khidmat nasihat program integriti

  • Mewujudkan jaringan dengan organisasi antarabangsa



No comments: